| Now Playing - Justin Bieber - Mistletoe | Dashboard | Follow | Base code by Lettha Zonzuan |
Bloggerboy
Fly High !


Entry About Shout Stuff
Muahh !

Welcome to Bloggerboy ^^ . Be nice and enjoy! Do follow [ but I'm not forcing kay ? ] . Leave your link and I will catch up on you . I don't write much here . I mostly update on my official page . So . thats all then . hehe .

Meet me at:
bloggerboy and Facebook
Malam Lailatul Qadar

Tinggal kurang 10 hari saja lagi bulan ramadan akan meninggalkan kita. Masa start awal puasa, rasa macam lama nak sambut raya. Tapi bila sudah start puasa, rasa sekejap nak raya. Pejam celik pejam celik sudah nak masuk hari ke 20 kita berpuasa. Maknanya, bermula lah pencarian malam lailatulqadar hari ni. Tengok cuaca hari ni pun redup je.

Selepas research kat internet, rasanya nak share apa yang aku dah baca. Moga dapat manfaat bersama. InsyaAllah..

INFO MALAM LAILATUL-QADAR
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ”

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. ”

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil (mungkin pada malam 21,23,25,27,29 ramadan). ”

Doa yang patut dibacakan ketika bertemu malam lailatulqadar

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “

Nota : Malam Lailatul-Qadar ni rahsia Allah.


OLDER POST / NEWER POST