| Now Playing - Justin Bieber - Mistletoe | Dashboard | Follow | Base code by Lettha Zonzuan |
Bloggerboy
Fly High !


Entry About Shout Stuff
Muahh !

Welcome to Bloggerboy ^^ . Be nice and enjoy! Do follow [ but I'm not forcing kay ? ] . Leave your link and I will catch up on you . I don't write much here . I mostly update on my official page . So . thats all then . hehe .

Meet me at:
bloggerboy and Facebook
Isteri Kapten Singapura Hina Safee Sali Dan Amirulhadi Monyet!
“2 monkeys in the pitch!”,Bicycle kick konon!!!!!BOOOOOOOO.Itulah ungkapan penghinaan yang diberikan oleh isteri kapten Singapura kepada Safee Sali dan Amirulhadi di laman twitternya.

Pasukan Singapura bukanlah kuat tetapi mereka menggunakan cara mudah dengan memberikan kerakyatan pemain-pemain dari negara lain untuk menyarung jersey negara mereka.Tanpa pemain import yang diberikan kewarganegaan,mereka langsung bukan tandingan Malaysia.


Assalamualaikum ,

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.

OLDER POST / NEWER POST